4 tip untuk meningkatkan ‘awesomeness’ anak dengan multi-bijirin

4 tip untuk meningkatkan ‘awesomeness’ anak dengan multi-bijirin
14 July 2015

Oleh Indra Balaratnam / Konsultan Pemakanan

Ramai ibu bapa yang mengadu perihal kesulitan untuk memberi anak-anak kecil mereka makan dengan sempurna, apatah lagi makan makanan berkhasiat. Saya yakin kita semua inginkan anak yang ‘awesome’. Inilah fungsi nutrien dalam multi-bijirin kerana ia mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang kaya tenaga nutrien. Vitamin B1 membantu menukar karbohidrat menjadi glukosa, yakni sumber tenaga yang diperlukan oleh tubuh dan otak. Struktur multi-bijirin itu sendiri yang membantu memperlambatkan proses penghadaman membuatkan anak-anak anda berasa kenyang lebih lama, bertenaga dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti.

Kanak-kanak sebenarnya ada sifat semula jadi, yakni ingin belajar. Sebagai orang dewasa, kita mudah lupa mengenai ciri dan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat nutrisi kepada kanak-kanak. Sebagai inspirasi, cubalah strategi ini agar anda dapat menyemai nilai-nilai sosial yang ‘awesome’ dalam diri anak-anak, sekali gus mendidik mereka perihal tabiat makan yang baik.

Nilai praperancangan – Mencari Resipi Bersama-sama

Kanak-kanak suka mendengar kita membaca untuk mereka. Cari buku resipi atau layari laman web resipi seperti nestum.com.my! Apabila mereka melihat gambar-gambar makanan yang berwarna-warni, mendengar anda membaca mengenai bahan-bahan masakan dan cara penyediaannya, keinginan mereka untuk menikmati makanan baru akan terbuka. Beri galakan untuk dia mencadangkan resipi buat keluarga. Praperancangan akan membantu menyemai nilai-nilai kebolehpercayaan dalam diri anak anda.

Nilai kepimpinan – Membeli makanan bersama

Minta anak anda menulis senarai barang untuk dibeli. Biar dia mencadangkan buah-buahan atau multi-bijirin yang sesuai buat keluarga. Ini kerana kanak-kanak memang suka menjadi ketua. Anda pasti terkejut melihat mereka makan makanan yang anda beli dengan begitu mudah.

Saya faham, ada kalanya lebih mudah untuk membeli barang-barang makanan tanpa membawa anak-anak bersama. Namun, sebenarnya stor runcit atau pasar adalah tempat terbaik untuk mengajar kanak-kanak mengenai cara memilih makanan berkhasiat. Apabila kanak-kanak menghargai bahan-bahan segar, mereka akan lebih menghargai makanan sihat. Nilai kepimpinan yang ada padanya akan membuatkan anak anda lebih dihormati oleh kawan-kawan.

Nilai berpasukan – Menyediakan sajian bersama

Banyak cara untuk anak-anak membantu di dapur. Saya masih ingat bagaimana ibu meminta saya mengopek ikan bilis. Saya rasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada proses menyediakan makanan keluarga. Malah, saya tidak sabar-sabar untuk makan hidangan ikan bilis kerana saya turut sama menyediakannya. Jadi, apabila anda memasak, ajaklah anak membantu. Mereka akan rasa seronok dan bangga kerana diberi kepercayaan menjadi pembantu anda. Anak yang kecil boleh tolong lumurkan ayam di dalam multi-bijirin sebagai pengganti serdak roti untuk membuat nuget. Jika anak anda sibuk dengan aktiviti lain, sejujurnya dia tidak perlu berada di dapur sehingga anda selesai memasak, beberapa minit sahaja sudah memberi impak yang cukup besar. Nilai kerja berpasukan akan menjadikan anak anda disukai rakan-rakannya dan mengukuhkan lagi tali persahabatan.

Nilai perkongsian –Makan Bersama-sama

Kerapkali juga saya lihat kanak-kanak makan di depan TV, sambil melayari iPad atau berlari dan bermain dengan mulut penuh makanan. Bilamana kanak-kanak makan dalam keadaan sebegini, mereka tidak akan faham mengenai perihal pentingnya makan.

Minta anak menghias meja dan panggil semua ahli keluarga. Meski kerjanya mudah tetapi kanak-kanak akan berasa seronok untuk duduk bersama-sama menikmati makanan kerana mereka rasa seperti hos. Jika tidak boleh makan bersama setiap hari, pilihlah satu hari yang sesuai untuk dijadikan hari makan sekeluarga.

Rutin ini dapat menyemai nilai-nilai kebaikan berkongsi. Anak anda akan dihormati oleh kawan-kawannya, sekali gus akan membantu mengukuhkan lagi tali persahabatan mereka.