PENKEK NESTUM®

PENKEK NESTUM®

Deskripsi

Panduan untuk membuat Penkek NESTUM®

Ramuan

Toping Krim Yogurt:

Hiasan Buah-Buahan:

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung naik sendiri di dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Masukkan NESTUM®, garam dan semua bahan penkek (kecuali 2 sudu besar gula).

Langkah 2

Buatkan lubang di bahagian tengah tepung dan tuang susu. Tambah telur kuning dan minyak. Kacau sehingga sebati.

Langkah 3

Pukul telur putih dengan pemukul telur atau pemukul elektrik sehingga kembang dan berbusa. Masukkan gula sebanyak 2 sudu besar (yang telah diketepikan tadi) dan terus memukul selama satu minit lagi.

Langkah 4

Kaup hanya separuh putih telur itu ke dalam bater untuk meringankan adunan, kemudian barulah masukkan lebihan putih telur dan gaul perlahan-lahan.

Langkah 5

Letak kuali leper tidak melekat di atas api sederhana. Gris dengan sedikit minyak. Cedok 1 sudu besar bater penkek dan letak di dalam kuali yang telah panas itu. Jarakkan 2 – 3 cm di antara setiap penkek. Apabila telah berubah warna keemasan, perlahan-lahan balikkan penkek. Biarkan sehingga masak sebelah lagi. Angkat. Terus membuat penkek dengan cara ini sehingga bater habis.

Langkah 6

Untuk menghidang, hias atas penkek dengan sesudu yogurt dan hirisan buah-buahan segar.