Muruku NESTUM®

Muruku NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 30 keping

Deskripsi

Kudapan ranggup yang lazat ini sukar ditepis bila dihidang, rasanya lebih enak jika ditambah dengan NESTUM®.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung muruku dalam mangkuk adunan. Gaul dengan minyak sapi sehingga sebati. Tambah NESTUM ®, garam, serbuk cili, jintan dan bijan, kacau.

Langkah 2

Tuang santan dan air panas ke dalam adunan. Kacau hingga sebati menggunakan sudu, apabila sudah sejuk, uli dengan jari. Tutup doh dengan tuala bersih dan lembap untuk elak dehidrasi.

Langkah 3

Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 5 sm atas api sederhana. Masukkan doh ke dalam acuan muruku bermuncung bintang. Picit dalam bentuk membulat atas spatula atau kertas empat segi kecil. Masukkan perlahan-lahan dalam minyak panas. Buat begini sehingga doh habis dan goreng secara berperingkat.

Langkah 4

Goreng sehingga muruku jagi ranggup dan perang keemasan. Sejat dalam bakul dawai. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.