Pasta Segar NESTUM®

Pasta Segar NESTUM®
Hidangan: 4 hidangan

Deskripsi

Mesen penggelek pasta menjadikan kerja-kerja mencanai dan memotong pasta lebih mudah. Selepas menikmati hasilnya, anda tahu anda membuat pelaburan yang berbaloi.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung dan NESTUM® di dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah dan letak telur di dalamnya. Gaul telur dengan bahan-bahan kering menggunakan senduk kayu (atau jari) untuk membuat doh. Angkat doh ke atas papan canai yang ditabur sedikit tepung dan uli beberapa minit. Tutup doh dengan tuala bersih, lembap dan ketepikan selama 20 minit.

Langkah 2

Bahagikan doh kepada 2 bahagian, sama banyak. Canai setiap satu bahagian dengan tangan dan tabur sedikit tepung. Setkan penggelek kepada seting paling besar. Masukkan doh, lipat mana-mana bahagian tepi doh dan terus gelek 2-3 kali lagi.

Langkah 3

Terus gelek doh. Tukar bacaan seting supaya doh menjadi pasta yang nipis. Set semula penggelek kepada seksyen ‘memotong’ dan potong pasta bentuk reben. Tabur sedikit tepung untuk mengelak ia melekat. Letak pasta reben di dalam dulang, berjarak. Jika tidak dimasak segera, biarkan pasta kering dalam suhu rumah.

Langkah 4

Untuk memasak, didihkan air berserta sedikit garam di dalam periuk besar. Masak pasta sehingga ala dente (5-6 minit) dan tos dengan sos pilihan anda. Hidang segera.