NESTUM® Blondies

NESTUM® Blondies
Hidangan: 20 – 30 keping

Deskripsi

Bosan dengan Brownies? Tukar dengan blondies yang enak ini, pastinya perayaan lebih meriah apabila ia digubah menjadi pokok krismas yang boleh dimakan!

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Alas dasar pan empat segi berukuran 20sm (8inci) dengan kertas pembakar. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Masukkan pula garam, NESTUM®, coklat dan gajus. Kacau dan ketepikan.

Langkah 2

Pukul mentega, gula dan vanila sehingga gebu. Tambah telur satu persatu. Pastikan pukul setiap biji telur hingga sebati baru masuk sebiji lagi. Tambah bahan-bahan kering dari langkah 1 dan gaul sehingga sebati.

Langkah 3

Tuang adunan di dalam tin pembakar, ratakan. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (180C) selama 20-25 minit atau sehingga masak dan bahagian atasnya berwarna perang keemasan.

Langkah 4

Potong empat segi atau tiga segi, hias ikut suka.