NESTUM® Yule Log

Deskripsi
Bukan saja cantik bila diletak atas meja makan Krismas anda tetapi juga sedap dimakan.
Ramuan
Arahan
Langkah 1
Alas tin swiss roll dengan kertas pembakar. Ayak tepung dan masukkan NESTUM®. Kacau, ketepikan. Masukkan minyak, susu dan vanila di dalam mangkuk kecil, ketepikan.
Langkah 2
Pukul telur putih dalam mangkuk adunan bersih dan kering sehingga berbusa lembut. Tambah gula dan terus pukul sehingga pekat dan berkilat. Masukkan telur kuning, pukul lagi selama 2 minit.
Langkah 3
Guna spatula fleksibel, kaup setengah adunan tepung/NESTUM®, jangan terlebih gaul bimbang adunan bantat. Kemudian masukkan lebihan tepung/NESTUM®, gaul lagi. Campur kira-kira setengah cawan adunan ini ke dalam adunan minyak/susu, gaul hingga sebati.
Langkah 4
Kemudian, kaup semula dan campur dengan adunan telur. Sebaik saja digaul sebati, pindahkan bater ke dalam tin pembakar. Ratakan dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (190C) selama 10-13 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.
Langkah 5
Keluarkan kek dan terbalikkan atas sekeping kertas. Sapu jem pada seluruh kek, gulung kemas. Biarkan sehingga sejuk.
Langkah 6
Untuk membuat aising, masukkan coklat cincang dan krim putar di dalam mangkuk, cairkan dalam ketuhar gelombang pada suhu rendah selama 2-3 minit. Kacau hingga tidak berbintil. Sejukkan coklat dalam mangkuk berisi air ais, sementara itu pukul coklat dengan pemukul elektrik sehingga adunan pekat dan gebu (anggaran 8 minit).
Langkah 7
Sapu aising atas gulungan kek. Potong sebahagian daripada gulungan itu, gubahnya seperti ‘dahan’ jika suka. Hias kek dengan hirisan buah-buahan segar atau beri dan daun.