Kek Kukus Karamel NESTUM®

Kek Kukus Karamel NESTUM®

Deskripsi

Rasa kek lembap dan lembut ini lebih sedap dengan campuran karamel.

Ramuan

Bahan-bahan kering:

Bahan Karamel:

Arahan

Langkah 1

Alas tin kek bulat atau segi empat (anggaran 20 sm melintang) dengan kertas pembakar. Ketepikan. Ayak tepung dan soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan NESTUM®. Kacau, ketepikan.

Langkah 2

Masukkan (200g) gula dan (75ml) air di dalam pan saiz sederhana. Masak sehingga gula cair. Terus didihkan sehingga gula menjadi karamel dan berwarna perang lembut. Tambah (125ml) air, didihkan. Perlahankan api, reneh selama 10 minit atau sehingga karamel benar-benar cair. Tuang adunan ke dalam jag ukur, lihat sama ada mencapai jumlah 250ml, jika kurang tambah air.

Langkah 3

Tuang susu cair dan mentega cair ke dalam karamel. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula telur dan vanila.

Langkah 4

Buatkan seperti lubang di tengah-tengah bahan kering. Tuang adunan cecair ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga bater tidak berbintil. Tuang bater ke dalam tin yang sudah dialas. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Jangan buka penutup untuk mengelak suhu di dalam pengukus jatuh.

Langkah 5

Selepas 45 minit, tengok sama ada kek masak atau belum dengan cara mencucuk di bahagian tengah. Jika masak, pencucuk akan bersih, jika melekat, terus kukus selama 10 minit lagi.  Sejukkan kek sebelum potong.