Balutan Ayam Rangup NESTUM®

Balutan Ayam Rangup NESTUM®
Hidangan: 2 wrap bersaiz sederhana

Deskripsi

Cepat, mudah, berkhasiat dan sesuai untuk tengah hari atau snek.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Perap ayam dengan garam, kicap cair dan lada putih. Biar selama 10 minit.

Langkah 2

Panaskan kuali dengan minyak masak pada api sederhana tinggi.

Langkah 3

Celup kepingan ayam ke dalam telur yang telah dipukul, kemudian salut dengan lapisan tepung ubi kayu dan salut semula ke dalam telur sekali lagi sebelum digolek ke dalam bijirin NESTUM®. Ulang sehingga kepingan ayam habis disalut.

Langkah 4

Goreng ayam dalam minyak masak yang dipanaskan atas api sederhana selama 2 minit atau sehingga bertukar warna perang keemasan. Pindahkan ayam ke rak dawai untuk buang lebihan minyak.

Langkah 5

Untuk penyediaan, lapiskan 3-4 helai daun salad segar bersama hirisan tomato di atas balutan tortilla yang telah disapu mayonis. Kemudian, letakkan beberapa keping ayam dan sapukan sedikit lagi mayonis di bahagian atas. Balut dan hidangkan.