KEK COKLAT NESTUM®

KEK COKLAT NESTUM®

Deskripsi

Panduan untuk membuat Kek Coklat NESTUM®

Ramuan

FROSTING KOPI NESTUM

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung naik sendiri bersama koko dan soda bikarbonat. Masukkan NESTUM dan kacau. Ketepikan.

Langkah 2

Lembutkan mentega (dalam suhu bilik selama  10 minit) dan pukul dengan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul selama 1 – 2 minit setiap kali selepas masukkan telur.

Langkah 3

Kaup separuh  bahan kering (tepung/koko/NESTUM) dan masukkan kedalam adunan. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan susu dan bahan kering yang separuh lagi.

Langkah 4

Masukkan adunan kek ke dalam loyang  segi empat tepat (24cm x 13 cm) atau loyang bulat  (20 cm ) yang telah dilapik dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar dalam suhu 160 C selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.

Langkah 5

Sejukkan kek di dalam loyang selama 10 minit. Alihkan kek ke atas rak dawai  kek. Jika suka, bolehlah hias dengan frosting ( lihat resipi di bawah).

Langkah 6

FROSTING KOPI NESTUM - Larutkan Nescafe segera di dalam air panas. Kemudian masukkan gula aising dan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi lembut. Masukkan NESTUM dan kacau lagi. Setelah itu hias di atas kek yang telah disejukkan. Ketepikan.