Pai Epal NESTUM®

Pai Epal NESTUM®

Deskripsi

Panduan untuk membuat Pai Epal NESTUM®

Ramuan

Kerak Pai

Isi

Topping

Arahan

Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 180c.

Langkah 2

Dalam mangkuk, kacau bersama NESTUM®, tepung dan garam. Campurkan mentega sehingga ia membentuk tekstur seperti roti.

Langkah 3

Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga ia membentuk adunan.

Langkah 4

Bentuk doh menjadi bebola dan bungkus dengan pembalut cling wrap dan biarkan ia rehat selama 10 minit.

Langkah 5

Uli doh ke dalam acuan pai, cucuk bahagian bawah kerak dengan garpu, untuk mengelakkan permukaan kerak pai yang tidak rata.

Langkah 6

Bakar kosong kulit pai dalam ketuhar selama 8-10 minit.

Langkah 7

Untuk membuat isi, kupas epal dan potong dadu ke dalam mangkuk. Campurkan epal dengan jus lemon, gula, esen vanila, kayu manis dan mentega. Adun sebati.

Langkah 8

Masak epal dalam periuk tak melekat dan pastikan ia sentiasa dikacau sehingga epal lembut. Asing untuk disejukkan.

Langkah 9

Untuk topping, gabungkan tepung, mentega, gula, kayu manis dan NESTUM®. Campurkan dengan baik sehingga ia mudah berderai.

Langkah 10

Taburkan di atas isi pai epal dan bakar selama 10 minit atau sehingga bertukar warna keperangan.