KEK CAWAN NESTUM® KASTURI

KEK CAWAN NESTUM® KASTURI

Deskripsi

Panduan untuk membuat Kek Cawan NESTUM® Kasturi

Ramuan

FROSTING LIMAU KASTURI

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk penaik. Masukkan NESTUM, kacau dan ketepikan.

Langkah 2

Lembutkan mentega (biarkan dalam suhu bilik selama 10 minit) dan pukul dengan gula sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul selama 1 -2 minit selepas setiap kali memasukkan telur.

Langkah 3

Kaup hanya separuh  tepung dan adunan NESTUM dan masukkan kedalam adunan. Kacau hingga sebati. Masukkan jus limau kasturi. Kemudian barulah gaul dengan lebihan tepung/NESTUM tadi.

Langkah 4

 Sendukkan adunan ke dalam acuan kek cawan. Pastikan hanya ¾ penuh. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (180 c) selama 15 minit atau sehingga kek naik sempurna, gebu dan berwarna cokelat keemasan. Keluarkan kek cawan dari ketuhar dan biarkan sejuk di atas rak dawai sebelum dihias dengan frosting (resipi di bawah)

Langkah 5

Frosting Limau Kasturi - Campurkan jus limau kasturi bersama gula aising, mentega dan kulit limau kasturi. Kacau sehingga frosting lembut dan mudah disapu.

Langkah 6

Sapu frosting di atas kek yang telah disejukkan. Kemudian tabur kepingan NESTUM di atasnya.