TAT NANAS NESTUM®

TAT NANAS NESTUM®

Deskripsi

Panduan untuk membuat Tat Nanas NESTUM®

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung bersama garam. Masukkan NESTUM dan kacau. Ketepikan.

Langkah 2

Biarkan mentega lembut di dalam suhu bilik (10 minit). Masukkan gula. Pukul selama 1 -2 minit dengan senduk kayu sehingga sebati. Masukkan telur dan kacau lagi.

Langkah 3

Gaul semua bahan kering (tepung./garam/NESTUM) dan uli sehingga menjadi pastri.

Langkah 4

Tabur tepung di dalam acuan kayu tradisional. Cubit pastri anggaran sebesar limau nipis (saiz mengikut acuan). Bulat-bulatkan pastri. Kemudian tekan di bahagian tengahnya dengan jari anda, jadikan ia seperti ‘cawan’. Isi ‘cawan’ itu dengan jem nanas yang dibentuk seperti bebola. Kemudian tutup ‘cawan’ itu.

Langkah 5

Masukkan ke dalam acuan kayu dan tekan perlahan-lahan supaya ukiran acuan lekat pada pastri. Tepuk acuan perlahan-lahan untuk keluarkan pastri.  Buat begini sehingga  pastri habis .  Kemudian atur rapi di dalam dulang pembakar.

Langkah 6

Bakar pastri nanas di dalam ketuhar yang telah dipanaskan (160 C) selama 20 minit (bergantung kepada saiz pastri). Apabila pastri kelihatan ranggup dan berwarna sedikit keemasan, keluarkan. Sejukkan atas rak dawai. Simpan di dalam bekas kedap udara.