PAI NESTUM® KARI HIJAU THAI

PAI NESTUM® KARI HIJAU THAI

Deskripsi

Panduan untuk membuat Pai NESTUM® Kari Hijau Thai

Ramuan

Inti:

Pastri:

Arahan

Langkah 1

Masukkan serai, bawang merah, bawang putih dan cili di dalam alat pencincang elektrik/pengisar dan tambah 50ml air. Kisar halus sehingga menjadi pes. Alih ke dalam mangkuk kecil. Masukkan pula serbuk ketumbar, jintan  dan lada putih.

Langkah 2

Panaskan minyak di dalam periuk saiz sederhana atas api kecil dan tumis adunan rempah ratus. Kacau selalu selama 5 minit sebelum masukkan santan, sedikit demi sedikit. Masak lagi selama 10 minit.

Langkah 3

Tambah stok ayam dan daun limau purut. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam, cendawan dan lobak merah. Renih sehingga ayam empuk dan masak betul, anggaran 10 minit.  Campurkan kacang pea dan garam secukup rasa.  Angkat periuk dan biarkan sehingga sejuk.   Masukkan inti ini ke dalam empat mangkuk kecil tahan panas.

Langkah 4

Pastri - Campur tepung, garam dan NESTUM. Potong kecil mentega sejuk. Kemudian masukkan ke dalam  campuran bahan kering. Gaul dengan jari jemari anda sehingga sebati. Curahkan campuran telur/air. Kacau menggunakan garfu sehingga pastri sebati. Uli perlahan-lahan.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Langkah 5

Bahagikan pastri kepada 4 bahagian. Canai sehingga nipis. Tutup mangkuk berisi inti ayam dengan pastri. Trim rapi bahagian tepinya.  Anda juga boleh hias dengan  beberapa ‘daun’ pastri. Sapu pastri dengan sedikit susu atau telur yang telah dipukul. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180 C) sehingga pastri rangup dan berwarna cokelat keemasan (anggaran 30 minit). Hidang semasa panas.