KEK NESTUM® NENAS TERBALIK

KEK NESTUM® NENAS TERBALIK
Masa Penyediaan: 1 jam

Deskripsi

Panduan untuk membuat Kek NESTUM® Nenas Terbalik

Ramuan

Lapisan Bawah:

Bater Kek:

Arahan

Langkah 1

Alas tin kek bentuk bulat 23 cm (9 inci) dengan kertas pembakar. Gaul mentega dan gula perang sehingga sebati di dalam mangkuk kecil. Kemudian, masukkan ke dalam tin kek yang dialas kertas dan sapu dengan rata.

Langkah 2

Susun gegelang nenas rapat-rapat di atasnya. Letak ceri di tengah-tengah setiap gegelang nenas. Masukkan ke dalam peti sejuk sementara anda menyediakan adunan bater kek.

Langkah 3

Satukan mentega, gula, vanilla di dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Pukul dengan menggunakan senduk kayu atau dengan pembacuh elektrik sehingga ringan dan gebu – anggaran 5 – 10 minit.

Langkah 4

Masukkan telur, satu demi satu, kacau betul-betul sehingga sebati sebelum menambah setiap biji telur.

Langkah 5

Masukkan NESTUM® dan tepung yang telah diayak. Kaup separuh daripada adunan ini menggunakan spatula getah. Jangan memukul adunan itu. Tambah susu, gaul lagi sehingga tidak nampak bahan kering, kemudian masukkan pula lebihan sirap nenas dan terus gaul.

Langkah 6

Tuang adunan bater ke dalam tin yang telah disediakan. Kosongkan bahagian tengah (biasanya kek naik di bahagian tengah). Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan (160C) selama 30-40 minit atau sehingga nampak kek betul-betul naik, berwarna cokelat keemasan. Cucuk di bahagian tengah kek dan sekirannya pencucuk keluar bersih, tanda sudah masak. Biarkan kek sejuk di dalam tin selama 10 minit sebelum dikeluarkan. Guna sudip kecil dan cucuk di bahagian tepi untuk melonggarkan kek supaya mudah keluar. Terbalikkan kek dan letak dalam pinggan hidang. Tanggalkan kertas alas kek.