BISKUT NESTUM® CIP COKLAT JUMBO

BISKUT NESTUM® CIP COKLAT JUMBO
Masa Penyediaan: 30 minit
Hidangan: 12 biskut saiz besar

Deskripsi

Panduan untuk membuat Biskut NESTUM® Cip Coklat Jumbo

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak bersama tepung dan serbuk penaik. Masukkan garam, NESTUM® All Family Cereal, cip coklat dan walnat. Kacau sebati.

Langkah 2

Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Pukul dengan sudu kayu sehingga lembut dan gebu – kira-kira 5 minit. Tambah telur dan vanilla. Terus pukul sehingga sebati.

Langkah 3

Masukkan adunan tepung/NESTUM/cip coklat/walnat dan gaul. Untuk membuat biskut saiz besar, sendukkan adunan sebanyak 2 sudu besar dan letak di atas tin pembakar yang beralas kertas. Tekan biskut perlahan-lahan dengan sudu (anggaran ketebalan biskut 0.5 cm) dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dalam suhu 170C. Bakar sehingga biskut menjadi ranggup dan perang keemasan – anggaran 20 minit (kerana biskut itu besar). Sejukkan biskut di atas redai. Kemudian, barulah dsimpan di dalam bekas kedap udara.

Langkah 4

“Sebagai alternatif boleh juga menggunakan kacang tanah panggang yang dicincang untuk menggantikan walnat”