AYAM RANGGUP & PEDAS NESTUM®

AYAM RANGGUP & PEDAS NESTUM®
Hidangan: 30 Ketul

Deskripsi

Panduan untuk membuat AYAM RANGGUP & PEDAS NESTUM®

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat. Masukkan ayam di dalam mangkuk adunan besar, tambah bawang putih dan halia tadi, kunyit, serbuk cili, garam serta santan. Gaul dan tutup. Perap di dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.

Langkah 2

Campurkan NESTUM®, tepung dan garam – kacau sebati. Golekkan ayam di dalam adunan NESTUM® sehingga serata satu persatu.

Langkah 3

Panaskan anggaran 2 cawan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Kacau minyak supaya suhu panasnya serata. Masukkan beberapa ketul ayam yang telah dilumur NESTUM®, perlahan-lahan di dalam minyak panas. Untuk hasil yang lebih baik, biarkan 1sm ruang di antara setiap ketul ayam. Tunggu sehingga kulit ayam garing dan berwarna perang sebelum dibalikkan. Setelah kedua-dua belah masak, garing dan perang serata barulah diangkat. Buat begini sehingga semua ayam habis digoreng.

Langkah 4

Masukkan ayam yang telah digoreng di dalam penapis, sejatkan minyak dan hidang semasa panas. Sementara itu goreng daun kari selama 10 – 20 saat dan tabur di atas ayam goreng sebagai hiasan.