VADAI BERAPI NESTUM®

VADAI BERAPI NESTUM®
Hidangan: 30 Biji

Deskripsi

Panduan untuk membuat VADAI BERAPI NESTUM®

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Basuh kacang dal beberapa kali, kemudian rendam dalam air. Biarkan selama 11/2 – 2 jam. Buang air dan sejatkan.

Langkah 2

Masukkan kacang dal di dalam alat pemproses/pencincang makanan elektrik dan proses sehingga menjadi puri (jangan tambah air). Letak puri kacang di dalam mangkuk adunan saiz sederhana dan kacau dengan sudu kayu sehingga adunan menjadi lembut dan gebu.

Langkah 3

Tambah cili, bawang, daun kari, garam dan NESTUM®. Kacau. Kemudian, ketepikan selama 10 minit

Langkah 4

Panaskan anggaran 11/2 cawan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Letak daun pisang segi empat sama atau plastik tebal berukuran 10smx10sm atas tapak tangan. Kemudian letak adunan vadai anggaran satu sudu besar penuh atas daun/plastik itu, bulat-bulatkan kira-kira 1sm tebal. Guna hujung jari untuk membuat lubang di bahagian tengahnya seperti bentuk ‘donut’.

Langkah 5

Kemudian masukkan di dalam minyak panas secara perlahan-lahan. Buat begini sehingga habis. Goreng sehingga ‘donut’ menjadi perang keemasan di kedua-dua belah. Sejat dalam penapis minyak. Hidang semasa masih panas.