KEK BUAH NESTUM® MERIAH

KEK BUAH NESTUM® MERIAH
Hidangan: 2 Biji Kek Besar

Deskripsi

Panduan untuk membuat KEK BUAH NESTUM® MERIAH

Ramuan

*Atau kombinasi seperti berikut :

Arahan

Langkah 1

Masukkan buah-buahan campuran, parutan kulit dan jus oren serta lemon di dalam mangkuk adunan besar. Kacau sebati. Tutup dan perap selama 2 jam. Sediakan 2 acuan lof berukuran 23smx 9sm atau 2 acuan kek bulat anggaran 18sm diameter, alas dasar dan tepinya dengan kertas kalis minyak dua lapis. Gris kertas dengan mentega lembut.

Langkah 2

Ayak tepung dan serbuk penaik bersama. Masukkan serbuk rempah, garam, semolina dan NESTUM®. Kacau. Kemudian ketepikan.

Langkah 3

Pukul mentega, gula dan vanilla sehingga lembut dan berkrim. Tambah telur satu persatu, pukul lagi selama 1-2minit setiap kali selepas memasukkan telur. Kaup adunan tepung/NESTUM®, diikuti dengan buah-buahan yang telah diperap. Bahagikan adunan kepada dua acuan, ratakan bahagian atas dengan belakang sudu.

Langkah 4

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (150C) selama 1 -11/4 jam atau sehingga berwarna perang, ataupun guna pencucuk dan cucuk bahagian tengah. Jika dikeluarkan bersih menandakan kek telah masak. Sejukkan kek di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, lebih elok sekurang-kurangnya seminggu sebelum dihidang. (Tip: Kek akan menjadi lebih pejal dan mudah dipotong jika disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar dalam suhu bilik sebelum menghidang.)