APOM INDIA NESTUM®

APOM INDIA NESTUM®
Hidangan: 20 Apom

Deskripsi

Panduan untuk membuat APOM INDIA NESTUM®

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Sukat air dan masukkan ke dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Tambah gula dan kacau. Tabur yis di dalam air (jangan kacau) dan ketepikan sehingga berbuih – anggaran 15 minit

Langkah 2

Masukkan tepung beras, garam dan santan di dalam campuran yis dan kacau sehingga sebati dan bater menjadi cair. Tutup mangkuk dan ketepikan selama 1 ½ jam atau sehingga adunan kembang, anggaran berganda. Tambah NESTUM® dan kacau lagi sehingga adunan tidak bergumpal.

Langkah 3

Letak kuali kecil tidak melekat di atas api perlahan dan gris sedikit dengan minyak. Masukkan kira-kira setengah cawan bater di tengah-tengah kuali. Menggunakan belakang sudu, nipiskan bahagian tepi apam tetapi jangan sentuh bahagian tengah (supaya anda dapat apam yang tepinya garing, tengahnya tebal dan mampung).

Langkah 4

* Tutup apam dengan penutup kuali (supaya wujud atmosfera seperti apam dikukus) dan biarkan selama 3 -5 minit. Buka penutup dan angkat apam (hanya perlu dimasak sebelah saja. Buat begini sehingga semua adunan bater habis. Hidang dengan kari atau sos santan manis.*

Langkah 5

* Masukkan 2-3 sudu besar gula putih ke dalam secawan santan pekat dan kacau sehingga hancur.

Langkah 6

Apam tradisional dimasak di dalam kuali (wok) kecil, apabila masak, bahagian tengahnya lembut dan mampung, manakala tepinya nipis serta garing.