BISKUT HALIA NESTUM®

BISKUT HALIA NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 20 keping biskut halia

Deskripsi

Gembirakan si manja dengan biskut halia bentuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang comel lagi sedap

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Masukkan rempah ratus, garam dan NESTUM®. Gaul hingga sebati, ketepikan.

Langkah 2

Kacau mentega, gula perang dan madu sehingga berkrim dengan spatula atau senduk kayu. Tambah halia parut, telur kuning dan vanila. Masukkan pula bahan-bahan kering dan gaul sehingga menjadi doh lembut. Canai doh anggaran 2 sm tebal dan bungkus dengan kertas kalis minyak. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam supaya doh menjadi kental.

Langkah 3

Keluarkan separuh doh, biarkan separuh lagi di dalam peti sejuk. Tabur tepung di atas permukaan tempat canai. Canai anggaran 1/3 sm tebal.Terap dengan acuan bentuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Atur dalam dulang pembakar, sedikit berjarak kerana biskut akan kembang.

Langkah 4

Kumpul semua lebihan doh, uli dan terap lagi. Buat begini sehingga doh habis. Sejukkan dulang di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum membakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan (170C). Bakar sehingga biskut menjadi perang gelap dan sedikit kental. Sejukkan atas redai kueh sebelum dihias mengikut cara sendiri.