NESTUM® KURMA BAR

NESTUM® KURMA BAR
Hidangan: 40 keping

Deskripsi

Panduan untuk membuat NESTUM® Kurma Bar

Ramuan

Inti Kurma:

Lapisan Pastri:

Arahan

Langkah 1

Untuk membuat inti, masukkan kurma cincang dan air di dalam kuali kecil. Masak di atas api perlahan sehingga kurma menjadi lembut dan adunan menjadi pekat – kira-kira 10 minit. Sejukkan kurma.

Langkah 2

Sementara itu, ayak bersama tepung, serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan garam. Masukkan NESTUM® dan kacau. Ketepikan.

Langkah 3

Kacau mentega, gula dan vanila sehingga ringan. Masukkan telur dan gaul sehingga doh menjadi lembut. Sejukkan doh dalam peti sejuk selama 10 – 15 minit supaya jadi lebih kental.

Langkah 4

Alas dulang pembakar dengan kertas pembakar tidak melekat berukuran kira-kira 16 cm x 24 cm. Masukkan separuh doh di dalam tin, tekan-tekankan ia sehingga menjadi nipis dan rata menutupi bahagian dasar dulang pembakar. Tabur rata inti kurma di atasnya. Tutup dengan lebihan doh sehingga tidak nampak inti kurma lagi.

Langkah 5

Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu (160°C) kira-kira 30 – 35 minit atau sehingga berwarna coklat keemasan. Pusing-pusingkan dulang semasa membakar supaya warna pastri serata.

Langkah 6

Biarkan pastri sejuk di dalam tin selama 5 minit sebelum dipindahkan ke atas bod pemotong. Guna pisau tajam, potong pastri dalam bentuk empat segi tepat atau saiz yang sama. Susun dalam dulang dengan jarak 3 cm dan bakar semula selama 15 minit atau sehingga rangup. Sejukkan sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara.