Ayam panggang sumbat NESTUM®

Ayam panggang sumbat NESTUM®
Hidangan: 6 Hidangan

Deskripsi

Ini bukan resepi ayam panggang ‘sumbat’ biasa kerana bahan sumbatnya dibakar berasingan supaya terasa lebih ranggup.

Ramuan

Bahan Sumbat:

Ayam Panggang:

Arahan

Langkah 1

Potong roti anggaran 1 sm kiub, biarkan kering atas dulang selama 2 jam. Panaskan minyak atau mentega di dalam kuali. Tumis bawang sehingga lembut. Masukkan epal dan kismis, biar 5 minit sebelum masukkan kiub roti. Kacau lagi atas api sederhana selama 5 minit dan angkat kuali. Masukkan walnat, NESTUM® dan parsli, kacau. Masukkan garam dan lada sebagai perasa.

Langkah 2

Pukul telur dalam stok ayam dan percik pada bahan sumbat untuk melembapkannya. Pindahkan bahan sumbat ke dalam pinggan kalis panas dan bakar dalam ketuhar (170C) yang telah dipanaskan terlebih dulu. Bakar selama 30 minit atau sehingga bahagian atasnya berwarna perang keemasan. Hidang bersama ayam panggang.

Langkah 3

Untuk menyediakan ayam panggang, sapu bawang putih dan rosemary yang telah dihancurkan pada seluruh ayam. Perasakan bahagian luar dan dalam ayam dengan jus lemon, madu, garam serta lada. Potong kecil lebihan kulit lemon dan letak dalam rongga ayam bersama bawang putih dan rosemary.

Langkah 4

Panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 45 minit atau sehingga keseluruhan ayam berwarna perang dan empuk. Biarkan ayam selama 20 minit sebelum memotongnya dan hidang bersama bahan sumbat NESTUM®.