Udang NESTUM® dengan Telur Masin

Hidangan: 5 Hidangan

Deskripsi

Masakan popular restoran ini mudah disediakan di rumah dan lebih sedap bila bersalut NESTUM® yang ranggup

Ramuan

Bahan telur masin:

Arahan

Langkah 1

Jangan buang kulit udang, hanya trim kepala dan belah belakang untuk buang kekotoran. Cuci dan keringkan dengan kertas tuala dapur. Perasakan dengan garam, lada dan gula – ketepikan selama 10 minit.

Langkah 2

Satukan NESTUM® dan tepung jagung di dalam dulang dan gaul sebati. Celup setiap ekor udang di dalam telur yang telah dipukul, kemudian golek-golekkan dalam campuran NESTUM® sehingga bersalut rata. Letak setiap ekor udang di atas rak dawai sementara anda menyalut semua udang.

Langkah 3

Panaskan minyak anggaran 4 cm dalam atas api sederhana. Masukkan beberapa ekor udang anggaran 3-4 minit setiap belah - sehingga perang keemasan. Goreng semua udang dengan cara ini dan sejat dalam bakul dawai.

Langkah 4

Panaskan mentega di dalam kuali bersih dan tumis bawang putih cencang sehingga sedikit perang sebelum masukkan cili burung, daun kari dan telur kuning masin yang telah dihancurkan, Kacau rata supaya tidak bergumpal. Akhir sekali masukkan NESTUM®, garam dan gula.

Langkah 5

Masukkan semula udang di dalam kuali, balik-balikkan supaya udang bersalut rata dengan bahan telur kuning. Sedia untuk dihidang. Makan semasa panas.