NESTUM® Yee sang

NESTUM® Yee sang
Hidangan: 8 Hidangan

Deskripsi

Versi Yee Sang yang direka semula ini sangat ranggup dan mengandungi isi ikan bersama kepingan Nestum®. Boleh dihidang bukan sahaja setahun sekali, malah sepanjang tahun!

Ramuan

Bahan Hiasan/Perasa

Sos

Ikan *Semua jenis ikan isi tebal seperti ikan merah,
siakap atau salmon sesuai

Arahan

Langkah 1

Sediakan semua bahan hiasan dan ketepikan. Kacau semua bahan sos di dalam mangkuk kecil, ketepikan.

Langkah 2

Potong ikan anggaran 60-80 g untuk di bahagikan kapada 8 bahagian. NESTUM®, tepung jagung, bijan, garam dan lada dikacau sebati dan tabur atas dulang. 

Langkah 3

Celup setiap isi ikan di dalam telur yang telah dipukul, angkat. Masukkan ke dalam bahan NESTUM®, balik-balikkan supaya bersalut rata.

Langkah 4

Panaskan 3-4 sudu besar minyak di dalam kuali atas api sederhana. Goreng 3-4 keping ikan pada satu-satu masa, balikkan isi ikan bila garing dan berwarna perang keemasan. Angkat apabila masak, tambah minyak dan buat begini sehingga semua ikan habis digoreng. 

Langkah 5

Hidang semasa panas. Susun ikan di dalam pinggan hidang (atau pinggan individu). Hias dengan bahan hiasan, percik sedikit sos dan perah jus limau nipis di atasnya. Hidang segera.