PAU NESTUM® AYAM & CENDAWAN

PAU NESTUM® AYAM & CENDAWAN
Hidangan: 18 biji

Deskripsi

Panduan untuk membuat Pau NESTUM® Ayam & Cendawan

Ramuan

Doh Pau:

Inti:

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung, gula, garam, yis, NESTUM® dan serbuk penaik di dalam mangkuk adunan pembancuh elektrik. Tambah air dan minyak, gaul dengan kelajuan perlahan menggunakan cangkuk doh. Berhenti bila doh nampak licin dan elastik – anggaran 5 minit.*

Langkah 2

Pindahkan doh ke mangkuk yang telah disapu bahagian dalamnya dengan minyak. Tekan doh di dalam mangkuk, kemudian balikkan ia supaya permukaan yang berminyak itu berada di atas pula. Masukkan seluruh mangkuk itu di dalam beg plastik bersih dan besar. Paterikan beg plastik, tidak perlu terlalu kemas. Biarkan doh dalam suhu bilik selama sejam atau sehingga kembang sekali ganda.

Langkah 3

Sementara menunggu, sediakan inti, gaul empat bahan pertama di dalam mangkuk kecil dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia sehingga coklat keemasan. Tambah bawang dan lobak merah, terus menggoreng di atas api sederhana selama 10 minit atau sehingga lembut sebelum masukkan ayam dan cendawan. Apabila ayam telah empuk – anggaran 10 minit, masukkan pula sos, garam dan lada.

Langkah 4

Apabila sos mendidih dan pekat, tambah ketumbar dan daun bawang. Kacau selama seminit lagi dan padamkan api. Angkat dan masukkan ke dalam bekas, sejukkan. Apabila doh telah kembang sekali ganda, keluarkan. Uli perlahan-lahan di atas permukaan papan kerja yang telah ditabur sedikit tepung. Uli doh dalam bentuk emanjang dan kemudian potong anggaran 50 g panjang (anda akan dapat 18 biji doh).

Langkah 5

Kemudian bentukkan doh menjadi seperti bebola, rehatkan ia selama 15 minit. Tutup dengan kain bersih dan lembap untuk mengelak permukaan doh menjadi keras seperti kulit.

Langkah 6

Untuk mengisi inti pau, tekan bahagian tengah setiap bebola doh supaya membentuk seperti bulatan anggaran 10 cm diameter. Letak sesudu penuh inti di dalamnya dan tutup semula. Letak setiap bebola doh yang telah berinti di atas kertas kalis minyak. Biarkan doh naik atau sehingga lembut dan mampung (kira-kira 15 minit) sebelum dikukus di atas api sederhana selama 20 minit atau sehingga lembut dan naik elok. Angkat dan sejukkan sebelum menghidang.