NESTUM® Omelet Tiram (O Chien)

NESTUM® Omelet Tiram (O Chien)
Hidangan: 3 omelet

Deskripsi

Tambahan NESTUM® menjadikan makanan warung kegemaran ramai ini lebih enak.

Ramuan

Adunan Bater:

Toping Tiram:

Bahan tambahan:

Arahan

Langkah 1

Untuk membuat bater, satukan kanji keledek, tepung beras dan air di dalam mangkuk, kacau sebati – bater akan menjadi cair. Ketepikan.

Langkah 2

Panaskan kuali berdasar tebal atas api sederhana dan letak 1 sudu besar minyak. Kacau bater dan senduk anggaran ½ cawan bater.Masukkan dalam kuali, buat seperti penkek nipis. Tabur 1 1/2 sudu besar NESTUM® atas penkek dan tunggu sehingga bahagian bawah penkek garing dan sedikit perang.

Langkah 3

Guna spatula metal dan cucuk-cucuk penkek. Tuang 2 biji telur yang sudah dipukul ke atas penkek supaya sesetengahnya masuk di celah-celah lubang yang dicucuk tadi. Biar sehingga telur masak. 

Langkah 4

Sementara itu, panaskan 2 sudu teh minyak di dalam kuali lain atas api tinggi dan tumis 1/3 daripada bawang putih cincang dan 1 sudu teh pes cili selama 2 minit. Tambah 1/3 tiram, goreng atas api tinggi selama 1-2 minit – atau sehingga tiram kental tetapi bukan terlebih masak. 

Langkah 5

Alih penkek ke dalam pinggan hidang, lapis dengan tiram dan beberapa helai daun ketumbar. Hidang segera bersama sos cili. Buat begini sehingga semua omelet siap.