Truffle Coklat NESTUM®

Truffle Coklat NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 24 trufel

Deskripsi

Sama ada anda membuat trufel sebagai hadiah istimewa atau sekadar sajian selepas makan malam bersama kopi, ia sememangnya amat menggembirakan.

Ramuan

Adunan trufel:

Bahan salut:

Arahan

Langkah 1

Masukkan coklat dan krim di dalam mangkuk, cairkan (sama ada dalam ketuhar gelombang dengan kadar ‘rendah’ atau letak mangkuk atas periuk kecil berisi air panas). Kacau, sebaik coklat cair, angkat.

Langkah 2

Pukul telur kuning dan gula sehingga likat. Masukkan ke dalam coklat cair yang masih panas. Tambah pecahan biskut. Kacau bersama NESTUM® dan kurma sehingga sebati. Biarkan sejuk sehingga sedikit keras sebelum dibentuk seperti bebola kecil dengan menggunakan dua sudu teh.

Langkah 3

Golek-golekkan bebola di dalam bahan pilihan anda (NESTUM®, kekacang yang telah dicincang, atau lain-lain) sehingga bersalut rata. Sedia untuk dihidang. Trufel tahan beberapa hari jika disimpan dalam bekas berpenutup di tempat sejuk.