Wafel NESTUM®

Wafel NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 12 wafel

Deskripsi

Wafel keemasan dan lembut ini sesuai dihidang pada bila-bila masa – waktu sarapan, minum petang atau sebagai pelapis pencuci mulut lain.

Ramuan

Campuran Cecair :

Campuran Kering:

Campuran telur putih:

Arahan

Langkah 1

Pukul susu bersama minyak, vanila, telur kuning sehingga sebati dengan garfu. Ketepikan.

Langkah 2

Ayak tepung di dalam mangkuk adunan. Masukkan NESTUM®, tepung jagung, garam dan gula, kacau. Buat lubang di bahagian tengah bahanbahan kering dan tuang campuran cecair, kacau segera dengan pemukul telur sehingga sebati.

Langkah 3

Kacau telur putih di dalam mangkuk bersih dan kering sehingga berbusa lembut. Tambah gula dan terus pukul sehingga kembang dan berkilat. Masukkan 1/3 daripada telur putih yang telah dikacau ke dalam bater untuk melembutkan adunan terlebih dulu, kemudian barulah tuang yang selebihnya. Kaup perlahan-lahan. Bater kini sudah sedia.

Langkah 4

Panaskan acuan wafel dan gris dengan sedikit minyak. Isi acuan wafel dengan bater dan tutup. Masak sehingga perang keemasan dan angkat. Gris semula dan ulang cara ini sehingga semua bater habis.