POPIA NESTUM® RANGUP ORIGINAL

POPIA NESTUM® RANGUP ORIGINAL
Hidangan: 200 keping

Deskripsi

Panduan untuk membuat Popia NESTUM® Rangup Original

Ramuan

Bahan Sapuan:

Inti:

Arahan

Langkah 1

Masukkan mentega, susu dan telur kuning di dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga sebati supaya mudah disapu atas kulit popia.

Langkah 2

Susun kulit popia secara berlapis, kemudian potong dua sama panjang (supaya jadi bentuk segi empat sama). Asingkan setiap lapisan kulit popia. Tutup dengan tuala kecil lembap supaya ia mudah digulung.

Langkah 3

Sapu nipis setiap kulit popia dengan adunan mentega/susu/kuning telur menggunakan berus pastri. Tabur 2 sudu besar NESTUM® di atasnya, ratakan kecuali bahagian tepi anggaran 2 cm dibiarkan kosong. Gulung dengan cermat dan kemas.

Langkah 4

Sapu bahagian luar kulit popia dengan adunan sapuan tadi, kemudian golek-golekkan ia dalam kepingan NESTUM® (yang telah ditabur dalam dulang) dengan rata.

Langkah 5

Letak popia di atas bod pemotong dan potong menggunakan pisau tajam anggaran 1 cm panjang. Letak atas dulang pembakar beralas kertas pembakar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (150°C) selama 15 – 20 minit atau sehingga popia menjadi rangup dan coklat keemasan. Sejukkan ia sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara (boleh dibuat anggaran 200 keping).