Skon Biji Flaks & NESTUM®

Skon Biji Flaks & NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 20 skon.

Deskripsi

Skon paling beraroma, sedap dan lembut – dengan sedikit bantuan daripada NESTUM®!

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung naik sendiri dan soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam, NESTUM®, biji flaks dan gula. Kacau. Potong kecil mentega dan ramas dengan adunan sehingga sebati. Jika menggunakan buah-buahan, campur sekarang.

Langkah 2

Pukul telur, susu dan kulit limau parut (jika guna). Tuang cecair atas adunan tepung (tinggalkan anggaran satu sudu besar untuk disapu atas skon). Kacau segera dengan garfu untuk dapatkan doh yang lembut dan melekit. Biarkan doh selama 5 minit untuk menjadi kental sebelum dialih atas permukaan papan uli yang telah ditabur tepung.

Langkah 3

Guna penggelek yang disapu tepung, canai doh anggaran 2 sm tebal. Celup acuan skon berukuran 4-5 sm diameter di dalam tepung dan terap doh, biar rapat. Susun dalam dulang pembakar dalam jarak 3 sm

Langkah 4

Uli dan canai semula lebihan doh. Terap untuk membuat lebih banyak skon. Sapu bahagian atas skon dengan lebihan telur/susu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 190 C selama 20 minit atau sehingga skon kembang dan berwarna perang keemasan.

Langkah 5

Hidang semasa suam bersama mentega, krim dan jem mengikut pilihan anda.