POPIA NESTUM® RANGUP SERUNDING

POPIA NESTUM® RANGUP SERUNDING
Hidangan: 200 keping

Deskripsi

Panduan untuk membuat Popia NESTUM® Rangup Serunding

Ramuan

Bahan Sapuan:

Inti:

Arahan

Langkah 1

Campurkan mentega, sos cili MAGGI® dan telur kuning di dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga sebati supaya senang disapu atas kulit popia.

Langkah 2

Untuk membuat inti berempah, masukkan serunding di dalam pengisar elektrik dan kisar beberapa saat sehingga teksturnya seperti serbuk roti. Kemudian campurkan dengan NESTUM® dan daun sup cincang.

Langkah 3

Lapiskan semua kulit popia dan potong dua (untuk membuat bentuk segi empat sama). Asingkan setiap kulit popia tetapi tutup dengan tuala kecil lembap supaya lembut dan mudah digulung.

Langkah 4

Sapu setiap kulit popia dengan bahan sapuan menggunakan berus pastri. Kemudian tabur atasnya dengan 2 sudu besar inti NESTUM®/serunding. Ratakan – tetapi biarkan anggaran 2cm di bahagian tepi kosong.

Langkah 5

Gulung dan sapu bahagian luar kulit popia dengan bahan sapuan sebelum digolek-golekkan di dalam kepingan NESTUM® (di dalam dulang) sehingga bersalut rata.

Langkah 6

Letak di atas bod pemotong. Guna pisau tajam, potong gulungan popia secara menyerong sepanjang 1 cm. Susun atas dulang pembakar beralas kertas pembakar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan (150°C) selama 15 – 20 minit atau sehingga rangup dan berwarna coklat keemasan. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara (boleh dibuat anggaran 200 keping).