Mufin Telur dan Keju NESTUM®

Mufin Telur dan Keju NESTUM®
Hidangan: Dapat 6 mufin besar.

Deskripsi

Cepat, mudah, berkhasiat dan sesuai untuk sarapan atau snek.

Ramuan

Toping:

Arahan

Langkah 1

Alas 6 bekas mufin saiz besar dengan kertas minyak segi empat tepat.

Langkah 2

Pukul telur dan susu dalam mangkuk kecil, ketepikan. Ayak tepung, soda bikarbonat, garam dan lada dalam mangkuk adunan. Masukkan NESTUM® dan kacau.

Langkah 3

Tambah mentega dalam bahan-bahan kering dan gaul dengan jari sehingga sebati. Masukkan keju parut dan herba yang telah dicencang, gaul lagi. Tuang telur/susu di dalam adunan tepung dan kacau segera dengan garfu. Sudukan adunan ke dalam bekas mufin yang telah disediakan.

Langkah 4

Gaul bersama keju dan NESTUM® dalam mangkuk kecil, kemudian tabur atas mufin sebelum bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (180C) selama 20-25 minit. Elok dihidang semasa suam. Untuk lebih menarik, anda boleh tambah 1 cawan zukini parut-kasar atau bakon daging cencang halus ke dalam adunan sebelum masukkan telur dan kacau.