Rojak dengan Kerepek NESTUM®

Rojak dengan Kerepek NESTUM®
Hidangan: 12-16 keping kerepek

Deskripsi

Kerepek ranggup ini menjadikan rojak lebih sedap.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung beras, tepung gandum, serbuk penaik, NESTUM® dan garam di dalam mangkuk adunan. Tuang air dan air kapur di dalam bahan-bahan kering ini. Kacau sehingga bater tidak berbintil.

Langkah 2

Panaskan minyak di dalam kuali kira-kira 5sm dalam atas api sederhana. Panaskan senduk terlebih dahulu dalam minyak. Angkat senduk, tuang bater ke dalam senduk sekadar cukup untuk membuat lapisan nipis. Masukkan senduk ke dalam minyak panas dan selepas 3-4 minit, sebaik saja bater menggeras, keluarkan daripada senduk dan terus goreng di dalam minyak sehingga perang keemasan dan garing. Buat seperti ini sehingga habis semua bater.

Langkah 3

Sejat kerepek di dalam bakul dawai, apabila sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Pecah-pecahkan kerepek dan gaul dengan hirisan nenas, mangga hijau, betik muda, timun, sengkuang dan sos rojak. Tabur atasnya dengan kacang tanah tumbuk dan hidang segera.