Apam Susu NESTUM®

Apam Susu NESTUM®
Hidangan: 15 -20 hidangan

Deskripsi

Cantik bak sekeping marmar, rasanya pula cukup lazat. Sesuai untuk tetamu istimewa.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Alas dasar tin kek segi empat atau bulat (20sm diameter) dengan kertas pembakar. Ayak tepung naik sendiri di atas sekeping kertas, kemudian campur dengan NESTUM®. Gaul dan ketepikan. Sementara itu kacau susu pekat manis, air suam dan vanila dalam mangkuk adunan. Ketepikan.

Langkah 2

Satukan MILO®, NESCAFE® dan air panas dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Kacau sehingga MILO®dan NESCAFE® cair.

Langkah 3

Pukul telur bersama gula di dalam mangkuk adunan menggunakan pemukul elektrik sehingga pekat dan ringan. Guna spatula fleksibel, kaup separuh daripada adunan tepung/NESTUM®. Buat secara perlahan-lahan supaya tidak terlebih gaul. Kemudian, masukkan separuh adunan susu, diikuti dengan lebihan adunan tepung/NESTUM®. Akhir sekali masukkan semua adunan susu dan gaul.

Langkah 4

Pindahkan satu pertiga bater ke dalam mangkuk berisi adunan Milo/Nescafe dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.

Langkah 5

Ceduk bater secara selang seli anggaran sesudu penuh ke dalam tin kek supaya nampak seperti lapisan. Selepas semua bater habis, guna pencucuk dan garis-gariskan bater untuk dapatkan efek marmar.

Langkah 6

Kukus kek atas air mendidih selama 45 minit. Jangan buka penutup. Selepas 40 minit, baru cucuk bahagian tengah kek dengan pencucuk. Jika keluar bersih, tanda kek sudah masak. Keluarkan daripada pengukus. Biarkan 10 minit sebelum dikeluarkan daripada tin pembakar. Letak atas dulang kek untuk disejukkan.