POPIA NESTUM® RANGUP HERBA & KEJU

POPIA NESTUM® RANGUP HERBA & KEJU
Hidangan: 200 keping

Deskripsi

Panduan untuk membuat Popia NESTUM® Rangup Herba & Keju

Ramuan

Bahan Sapuan:

Inti:

Arahan

Langkah 1

Campurkan mentega, mayonis dan telur kuning di dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga adunan menjadi lembut dan senang disapu pada kulit popia.

Langkah 2

Lapis kulit popia dan potong dua (untuk menjadikan bentuk empat segi sama). Asingkan setiap lapis dan tutup dengan tuala kecil basah supaya ia tetap lembut dan mudah dilentur.

Langkah 3

Masukkan parmesan, NESTUM®, paprika, lada hitam dan herba di dalam mangkuk kecil.

Langkah 4

Sapu bahagian luar popia dengan bahan sapuan dan kemudian golek-golekkan dalam kepingan NESTUM® (di dalam dulang) sehingga bersalut rata.

Langkah 5

Letak atas bod pemotong. Potong gulungan popia dengan pisau tajam secara menyerong anggaran 1cm panjang. Susun atas dulang pembakar yang beralas kertas pembakar. Bakar di dalam ketuhar (150°C) yang dipanaskan terlebih dahulu selama 15 – 20 minit atau sehingga popia menjadi rangup dan berwarna coklat keemasan. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. (Boleh dibuat kira-kira 200 keping).