Kuih Ros NESTUM®

Kuih Ros NESTUM®
Hidangan: Dapat anggaran 24-30 keping

Deskripsi

Kuih tradisional pilihan ramai pada Hari Raya ini memerlukan sedikit kesabaran dan latihan untuk membuatnya agar cantik sempurna, tetapi bukanlah sesuatu di luar keupayaan walaupun untuk orang baru belajar.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung beras bersama tepung, NESTUM®, bijan, garam dan gula di dalam mangkuk adunan. Buatkan seperti lubang di tengah dan tuang santan, air dan telur. Gaul sehingga bater cair dan tidak berbintil-bintil. Ketepikan selama 20 minit.

Langkah 2

Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana anggaran 5 sm dalam. Panaskan acuan kuih Ros di dalam minyak selama 5 minit.

Langkah 3

Kacau bater dan celup acuan ke dalam. Berhati-hati supaya tidak sampai ke bahagian tangkai acuan. Angkat dan masukkan ke dalam minyak panas anggaran 3-4 minit sebelum dikeluarkan daripada acuan dengan perlahan-lahan, ia akan membentuk bunga ros. Teruskan menggoreng sehingga ranggup dan berwarna perang keemasan. Angkat dan sejat dalam bakul dawai. Ulang cara ini sehingga semua bater habis.

Langkah 4

Apabila sejuk, barulah simpan dalam bekas kedap udara.