Rempeyek NESTUM®

Rempeyek NESTUM®
Hidangan: Dapat 20-30 keping

Deskripsi

Snek ini sememangnya mengundang ketagihan. Ini amaran…

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Tumbuk buah keras, bawang putih, biji ketumbar di dalam lesung. Keluarkan. Campur dengan tepung beras, tepung jagung, NESTUM® dan garam di dalam mangkuk adunan. Tuang santan, air dan air kapur. Kacau sehingga bater sebati dan tidak berbintil. Masukkan pula daun limau purut bersama kacang hijau atau hirisan kacang tanah.

Langkah 2

Panaskan minyak di dalam kuali sedalam 5 sm. Apabila panas, tuang satu senduk kecil bater di tepi kuali kira-kira 4sm lebih tinggi daripada paras minyak, biar bater itu menurun sendiri mengikut bentuk kuali. Rembes bahagian atas bater dengan minyak panas. Apabila keras, terus goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan dan garing.

Langkah 3

Angkat rempeyek dan sejat di dalam bakul dawai. Apabila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.