Biskut Semperit NESTUM®

Biskut Semperit NESTUM®
Hidangan: Dapat 40 keping

Deskripsi

Semperit moden - biskut tradisional kegemaran ramai yang diberi wajah baru tetapi masih mengekalkan keindahan warisan.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak sekali tepung, serbuk penaik, tepung kastard dan tepung jagung. Masukkan NESTUM®, kismis, kacang dan cip coklat (jika guna). Ketepikan.

Langkah 2

Pukul mentega, gula ising, telur kuning, susu pekat manis dan vanila sehingga gebu. Masukkan bahan-bahan kering tadi dan gaul sebati.

Langkah 3

Ceduk sesudu adunan semperit dan susun di dalam dulang pembakar yang telah digris mentega anggaran jarak 3 sm setiap satu. Tabur bahagian atasnya dengan NESTUM® dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu (160C) selama 15 – 18 minit atau sehingga warna biskut berubah sedikit dan ranggup.

Langkah 4

Keluarkan dan letak biskut di atas rak dawai, masukkan ke dalam bekas kedap udara sebaik sejuk.