DONUT NESTUM® BAKAR BERLAPIS COKLAT

DONUT NESTUM® BAKAR BERLAPIS COKLAT

Deskripsi

Panduan untuk membuat Donut NESTUM® Bakar Berlapis Coklat

Ramuan

Penyediaan Awal:

Doh:

Lapisan Coklat:

Arahan

Langkah 1

Masukkan susu suam dan gula di dalam mangkuk kecil. Kacau. Setelah gula larut, tabur yis dan ketepikan. Jangan kacau, biarkan sehingga bancuhan itu berbuih - anggaran 15 minit.

Langkah 2

Sementara itu, timbang tepung, garam dan NESTUM® Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Buat seperti lubang di bahagian tengah. Tuang adunan susu/yis dan telur yang telah dipukul tadi ke dalamnya. Adunkan semua bahan itu supaya menjadi doh lembut, licin dan elastik. (Lebih elok menggunakan pengadun elektrik yang dipasang dengan pembancuh cangkuk doh).

Langkah 3

Sapu mangkuk adunan bersih dengan mentega lembut. Tekan doh di dalam mangkuk ini. Terbalikkan doh (supaya permukaannya bersalut mentega). Masukkan mangkuk bersekali doh di dalam beg plastik besar, bersih. Ketepikan doh sehingga kembang sekali ganda – kira-kira 1 -1 1/2 jam.

Langkah 4

Keluarkan doh dan letak atas permukaan papan pencanai yang telah ditabur sedikit tepung. Canai anggaran 1 cm tebal. Biarkan doh ‘relaks’ sekejap sebelum ditekap dengan acuan donut. Alas dulang pembakar dengan kertas pembakar tidak melekat. Atur donut dalam jarak 3 - 4 cm di antara satu dengan yang lain. Tutup donut dengan tuala bersih dan lembap. Biarkan ia kembang selama 30 minit atau sehingga lembut dan mampung.

Langkah 5

Bakar donut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (190C) anggaran 15 minit atau sehingga nampak betul-betul naik dan berwarna perang muda keemasan. Sejukkan atas redai. Celup sebelah donut di dalam coklat. Taburkan NESTUM dan ketepikan. Elok dihidang pada hari yang sama. Untuk membuat lapisan coklat, satukan coklat cincang, mentega, madu dan air di dalam mangkuk kecil. Cairkannya dengan cara meletakkan mangkuk di dalam kuali berisi air panas dan kacau sehingga cair. Atau, letak mangkuk di dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan dalam suhu sederhana selama 2 minit. Tetapi perlu kacau sekejap semasa proses memanas ini

Langkah 6

“Jika anda tidak bercadang untuk menyajikan semua donut pada hari yang sama, masukkan lebihan donut di dalam bekas plastik kedap udara atau beg plastik yang boleh dimateri. Sejuk bekukan di dalam peti sejuk. Untuk menyajikannya semula, keluarkan dari peti sejuk, biarkan selama sejam sebelum dihidang. Lapisan coklat juga boleh disimpan dan panaskan Buat seperti arahan langkah ke-6.”