Kuih Keria NESTUM®

Kuih Keria NESTUM®
Hidangan: Dapat 10 keping

Deskripsi

Kuih keria tradisional biasanya bersalut gula yang tebal. Versi yang kami perbaharui ini hanya perlu digolekkan dalam gula perang lembut, kuih jadi lebih sedap dan kurang manis!

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Buang kulit keledek dan potong anggaran 2 sm tebal. Kukus sehingga empuk. Kemudian, angkat dan masukkan ke dalam tapis. Tekan-tekankan keledek sehingga lumat dan keluar melalui tapis, buang lebihan yang tertinggal dalam tapis. Anda sepatutnya dapat anggaran 350g keledek. Biarkan keledek lumat itu sehingga sejuk.

Langkah 2

Tambah NESTUM®, tepung dan garam. Uli sehingga sebati. Adunan sepatutnya tidak melekat. Jika perlu tabur sesudu tepung.

Langkah 3

Uli adunan dalam bentuk memanjang dan besarnya sama rata. Kemudian potong kepada 10 bahagian sama saiz. Untuk membuat bentuk donut, leperkan setiap satu anggaran 1 sm tebal dan buat lubang di bahagian tengah menggunakan tangkai sudu kayu. Guna jari untuk mencantikkan bentuk donut.

Langkah 4

Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam atas api sederhana. Kemudian, masukkan beberapa donut di dalamnya dan goreng sehingga terapung dan berwarna perang keemasan. Angkat donut dan sejat sebelum digolek dalam gula.