Capati NESTUM®

Capati NESTUM®
Hidangan: Dapat 10 keping

Deskripsi

Tambah NESTUM® dalam doh capati bukan cara konvensional tetapi ia dapat mencantikkan tekstur dan menambah keenakan rasa.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan tepung atta dan NESTUM® di dalam mangkuk adunan. Campur minyak sapi, gaul dengan jari sehingga sebati sebelum tambah air. Uli sehingga menjadi doh kental dan melekit.

Langkah 2

Tutup doh dengan tuala bersih dan lembap. Ketepikan selama 5-10 minit sebelum uli atas papan canai yang sudah ditabur tepung sehingga doh menjadi lembut. Bentukkan doh seperti gulungan tebal, bahagikan kepada 10 saiz yang sama.

Langkah 3

Kemudian, bentukkan setiap satu seperti bebola, canai nipis atas papan canai yang ditabur tepung. Masak capati dalam kuali besi leper atau pemanggang selama 2 minit setiap belah.

Langkah 4

Alih capati yang sudah masak ke dalam pinggan beralas kain. Susun berlapis sehingga capati habis dimasak. Tutup dengan kain lain supaya capati tidak cepat sejuk. Elok dihidang suam berserta kari kegemaran.