NESTUM® Idli

NESTUM® Idli
Hidangan: Dapat anggaran 16

Deskripsi

Lembut disentuh dan sedap dimakan, apatah lagi bila dicicah dengan chutni dan kari dal, sesuai untuk sarapan.

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Masukkan ulunthu di dalam mangkuk besar dan basuh beberapa kali sehingga airnya jernih. Tambah halba, rendam dalam air selama 3 jam. Masukkan nasi dalam mangkuk kecil dan rendam selama 3 jam.

Langkah 2

Sejat ulunthu dan nasi. Masukkan ke dalam pengisar bersama 170ml air. Kisar sehingga lumat. Tuang adunan di dalam mangkuk bersih dan masukkan garam. Kacau. Tutup dan biarkan kembang dalam suhu rumah selama 8 jam (atau semalaman). Adunan itu sudah sedia dimasak jika kembang sekali ganda dan banyak buih-buih kecil. Kemudian, masukkan NESTUM®, kaup perlahan-lahan supaya bahan tidak deflasi (turun balik)

Langkah 3

Panaskan acuan idli atau cawan dalam pengukus selama 10 minit. Angkat dan segera gris dengan sedikit minyak. Sudukan adunan idli ke dalamnya anggaran ¾ penuh dan kukus atas api tinggi selama 10-12 minit. Elak buka tudung pengukus semasa mengukus supaya idli tidak kempis.

Langkah 4

Hidang idli semasa suam berserta chutni segar atau kari dal.