Gulab Jamun NESTUM®

Gulab Jamun NESTUM®
Hidangan: Dapat 4 hidangan

Deskripsi

Desert menarik dan elegan untuk Perayaan Cahaya

Ramuan

Arahan

Langkah 1

Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk kecil. Masukkan NESTUM® dan kacau, ketepikan.

Langkah 2

Panaskan mentega dan susu UHT di dalam kuali sederhana atas api perlahan. Tambah susu tepung dan masak, kacau sehingga pekat. Angkat dan pindahkan “doh susu” ke dalam mangkuk adunan besar.

Langkah 3

Apabila telah sejuk sedikit, uli bersama NESTUM®/adunan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah dilentur. Jika adunan nampak kering atau peroi, tambah sedikit susu sejuk.

Langkah 4

Jika anda membuat inti, campurkan pistachio dan gajus yang telah dicencang halus dengan 2 sudu besar doh. Bahagikan doh kepada 10-12 bebola. Jika anda guna inti, penyekkan bebola dan masukkan anggaran setengah sudu teh inti. Kemudian, bulatkan semula.

Langkah 5

Panaskan minyak sapi dan minyak di dalam kuali kecil atas api sederhana. Masukkan bebola sedikit demi sedikit dan goreng sehingga perang keemasan. Angkat dan sejat di dalam kertas serap minyak.

Langkah 6

Untuk sirap, didihkan air bersama gula atas api sederhana sehingga pekat atau menjadi sirap. Campur pelaga dan kacau. Kemudian, masukkan bebola goreng ke dalam sirap. Biarkan terendam beberapa jam sebelum dihidang. Hias dengan kekacang cencang dan kepingan NESTUM®.